Saturday, March 7, 2009

RAHMAT PERHIMPUNAN


Aku melangkah dari Masjid Negara ke Istana Negara. Bersama A Samad Said, bersama pemimpin untuk mendaulatkan bahasa Melayu. Bahasa Ibundaku. Renyai-renyai hujan seakan nyaman kurasa. Bauan gas pemedih mata seakan lazat untuk dihidu. Mataku pedih berair. Bukan kerana gas. Tapi aku menangis hiba kerana hari ini aku turut serta. Demi bangsa dan bahasaku. Jika termaktub dalam sejarah bahawa perhimpunan 100,000 rakyat yang memperjuangkan bahasa pada 7.3.2009, maka aku adalah seorang daripadanya. Semoga bangsaku dan bahasaku di rahmati.....

Friday, March 6, 2009

Thursday, March 5, 2009

Monday, March 2, 2009

Sunday, March 1, 2009